Camila musnah harapan Karolina
PEMAIN dari Itali, Camila Giorgi mengakui cukup terharu apabila mencipta kejutan ke atas pemain pilihan dari Republik Czech, Karolina Pliskova pada perlawanan akhir kejuaraan WTA di Montreal pada Ahad.
Pada perlawanan akhir itu, Camila Giorgi yang juga merupakan pemain rangking ke-71 dunia menewaskan Karolina yang berstatus ranking ketujuh dunia 6-3, 7-5.
Kemenangan Camila ke atas Karolina melebarkan rentetan kemenangannya dalam tiga pertemuan perlawanan akhir kedua-dua permain sebelum ini.
“Sejujurnya ini merupakan kemenangan yang cukup amat beremosi buat saya. Ya, saya tidak mempamerkannya di gelanggang, namun kejuaraan ini cukup amat bermakna buat saya.
“Tambahan pula ini kali ketiga saya menewaskan Karolina dan sesungguhnya itu tidak mampu diluahkan dengan kata-kata. Saya cukup gembira dengan persembahan saya pada minggu ini,” kata Camila Giorgi.
Sementara itu, Pliskova menyifatkan mengakui amat kagum dengan peningkatan prestasi dipamerkan pemain berusia 29 tahun tersebut.
“Camila telah mempamerkan satu corak permainan cukup luar biasa sepanjang kejuaraan ini, malah saya tidak terkejut dengan prestasi konsisten beliau dalam setiap perlawanan.
“Malah pada perlawanan akhir ini dia telah memberikan aksi terbaik terutama pada detik-detik penting dan tuah nyata berpihak kepadanya,” kata Pliskova.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!