Muhyiddin kembali ke kediamannya

Kereta yang membawa Muhyiddin dilihat memasuki kediamannya di Bukit Damansara pada jam 4.53 petang
Kereta yang membawa Muhyiddin dilihat memasuki kediamannya di Bukit Damansara pada jam 4.53 petang
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Sementara, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat kembali memasuki kediamannya di Bukit Damansara pada hari ini selepas pengumuman peletakan jawatannya secara rasmi.

Pengumuman rasmi itu dibuat melalui sidang akhbar khas pada jam 3 petang.

Kenderaan yang membawa Muhyiddin itu dilihat memasuki pekarangan kediaman peribadinya pada jam 4.53 petang.

Ekspresi muka Ahli Parlimen Pagoh di dalam kenderaan itu jelas kelihatan lesu dan kepenatan berbanding pada tengah hari tadi.

Pada Isnin, Muhyiddin mengesahkan beliau dan barisan Kabinetnya telah meletak jawatan secara rasmi pada Isnin.

Beliau berkata, keputusan itu diambil susulan dirinya telah hilang sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Beliau sebelum itu menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara berhubung statusnya sebagai perdana menteri.

Beliau tiba di Istana Negara melalui pintu 1 pada jam 12.23 tengah hari selepas selesai mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Putrajaya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!