Budak 11 tahun lahirkan bayi lelaki

Kanak-kanak itu melahirkan bayinya melalui pembedahan di Hospital Eva Peron.
Kanak-kanak itu melahirkan bayinya melalui pembedahan di Hospital Eva Peron.
A
A
A

BUENOS AIRES - ARGENTINA. Seorang kanak-kanak perempuan di Argentina berusia 11 tahun yang diperkosa kekasih neneknya telah melahirkan bayi lelaki melalui pembedahan di Hospital Eva Peron di wilayah Tucuman pada pagi Rabu lalu.

Pakar sakit puan, Cecilia Ousset memberitahu mangsa memberitahu dia mahu mendengar lagu dan mula bermain dengan anak patungnya.

"Kaki saya menjadi lemah. Ia seperti melihat anak bongsu sendiri. Kanak-kanak itu tidak tahu apa yang berlaku terhadap dirinya," ujarnya.

Sementara itu, kumpulan hak asasi manusia menerusi Facebook mengesahkan pembedahan Caesarean telah dilakukan ke atas Lucia (bukan nama sebenar). Selama dua bulan dia didera, mereka memaksanya untuk melahirkan bayi tersebut.

Bayi pramatang tersebut telah diletakkan di dalam inkubator, namun doktor tidak pasti sama ada ia boleh bertahan untuk terus hidup kerana dilahirkan pada usia 23 minggu.

Kehamilan kanak-kanak itu dikesan doktor ketika dia bertemu doktor kerana mengadu sakit perut pada 23 Januari lalu.

Dia kemudiannya mendedahkan bagaimana dia diserang secara seksual oleh teman lelaki neneknya, Elise Victor Amaya, 65, yang kini ditahan polis.

Amaya didakwa mengugut untuk membunuh kanak-kanak tersebut jika dia memberitahu sesiapa tentang perkara itu. - Daily Mail

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!