Dasar komuniti negara mampu ubah kualiti rakyat
KUALA LUMPUR - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin optimis bahawa Dasar Komuniti Negara (DKN) mampu mengubah kualiti kehidupan rakyat terutama golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40).
Beliau berkata dalam tempoh masa antara tiga dan empat tahun lonjakan kepada kualiti hidup rakyat akan terserlah pada semua peringkat dan seterus mampu mencapai status negara maju.
“Misalnya, projek rintis DKN di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 2 mendapat sambutan yang cukup baik dan paling menarik ‘Anakku Anakmu’ di mana setiap jiran bertanggungjawab menjaga anak jiran apabila ibu bapa terpaksa ke luar rumah atas urusan tertentu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu program 'Ruang Bicara' Bernama News Channel di sini, malam ini.
Beliau berkata DKN, yang dilancarkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 17 Feb lalu, adalah satu inisiatif kementeriannya dalam memastikan pembangunan komuniti dapat dilaksanakan secara menyeluruh serta pelengkap kepada dasar pembangunan fizikal yang ada sebelum ini. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!