Biden pertahan keputusan undur tentera dari Afghanistan
PRESIDEN Joe Biden menegaskan beliau kekal dengan pendiriannya untuk mengundurkan tentera Amerika Syarikat dari Afghanistan dan menolak kritikan mengenai keputusan tersebut.
Biden berkata, misi Amerika Syarikat bukan membangunkan negara itu dan beliau menyalahkan Taliban kerana mengambil alih negara itu.
Biden turut menyalahkan pemimpin politik Afghanistan yang melarikan diri ke luar negara dan keenganan tentera Afghanistan untuk memerangi kumpulan Taliban.
Parti Demokrat menghadapi kritikan besar bahkan daripada diplomatnya sendiri kerana membuat keputusan mengundurkan tentera Amerika Syarikat dari Afghanistan.
Ribuan orang awam terdesak untuk melarikan diri dari Afghanistan selepas Taliban merampas ibu negara Kabul.
Biden berkata, keputusannya itu adalah hasil daripada komitmen kepada pasukan Amerika Syarikat bahawa beliau tidak akan meminta mereka mempertaruhkan nyawa untuk perang yang sudah lama berakhir.
Dalam masa yang sama, Biden memberi amaran kepada pemimpin Taliban agar tidak menganggu penarikan diri tentera Amerika Syarikat atau terima akibatnya. - Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!