Batu bulan dijual RM3.6 juta

Batu bulan tersebut didakwa diperoleh ketika misi angkasa Soviet pada 1970.
Batu bulan tersebut didakwa diperoleh ketika misi angkasa Soviet pada 1970.
A
A
A

NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Tiga serpihan batu yang diambil dari bulan oleh misi angkasa Soviet pada 1970 telah dijual AS$855,000 (RM3.6 juta) ketika sesi lelongan di New York, semalam.

Rumah lelong Sotheby memaklumkan 'batu bulan' adalah satu-satunya yang didokumenkan dalam tangan pemilik peribadi.

Ia ditawarkan untuk dijual oleh pengumpul peribadi warga Amerika Syarikat (AS) yang membelinya dalam satu sesi lelongan dengan harga AS$422,500 (RM1.7 juta) pada 1993.

Batu itu telah dibeli seorang lagi pengumpul peribadi warga AS, namun identitinya tidak didedahkan.

Difahamkan, sampel batu itu pada asalnya dimiliki, Nina Ivanovna Koroleva, isteri bekas pengarah program angkasa Soviet, Sergei Pavlovich Korolev yang diberikan kepada wanita terbabit bagi pihak Kesatuan Soviet sebagai tanda penghargaan kepada sumbangan suaminya dalam projek terbabit.

Ia diperoleh oleh Luna-16 yang menggerudi permukaan bulan sehingga kedalaman 35 sentimeter pada September 1970. - Reuters

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!