'Jangan panggil saya rasis' - Mohamad
SEMENYIH - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan jangan panggil dirinya 'rasis' kerana usahanya yang mahu menyatupadukan orang Melayu.
Mohamad berkata, orang Melayu beragama Islam mesti bersatu padu.
"Itu hak kami, kami berhak untuk bersatu padu. Jangan terlampau biadab.. Banyak yang sudah biadab," katanya.
Mohamad mendakwa orang Melayu dan Islam sudah gelisah sejak 10 bulan lalu.
"Tidak pernah kita merasai keadaan sedemikian kerana kerajaan sudah bertukar, selain terdedah dengan asas kerajaan yang longgar," katanya.
Menurutnya, pelbagai isu yang merunsingkan masyarakat Melayu dan Islam di negara ini.
"Perkara ini yang perlu kita sedar, bukakan mata dan minda kita kerana jika kita leka dan masih lena serta terus dibuai dengan mimpi janji indah, kita akan terus tertekan," katanya.
Mohamad hadir ke Ceramah Perdana Anjuran UMNO-Pas malam tadi di Bandar Seri Putra. Ceramah tersebut turut menampilkan Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!