Israel minta bantuan antarabangsa padam kebakaran hutan

Sebuah kawasan hutan terbakar di kawasan berbukit Baitulmaqdis dekat kampung Moshav Shoresh pada Isnin. - Foto AFP
Sebuah kawasan hutan terbakar di kawasan berbukit Baitulmaqdis dekat kampung Moshav Shoresh pada Isnin. - Foto AFP
A
A
A

BAITULMAQDIS - Negara haram Israel pada Isnin meminta bantuan antarabangsa memadamkan kebakaran hutan yang memasuki hari kedua di sebuah kawasan bukit di barat Baitulmaqdis yang dijajah rejim Zionis.

Setakat ini, Greece menyatakan kesediaannya untuk membantu rejim tersebut memadamkan kebakaran hutan.

Itali, Perancis dan lain-lain negara turut dihubungi Israel bagi meminta bantuan memadamkan kebakaran hutan itu.

Hampir 2,000 hektar kawasan hutan terbakar dalam tempoh dua hari di barat Baitulmaqdis, kata seorang Ketua Bomba Kebangsaan dan Penyelamat Israel, Dedi Simchi kepada para pemberita.

Sebanyak 12 pesawat terlibat dalam memadamkan kebakaran itu dengan menggunakan air.

Kira-kira 100 kakitangan bomba turut memadamkan kebakaran itu pada waktu malam.

Simchi berkata, beliau percaya kebakaran hutan itu berlaku disebabkan oleh aktiviti manusia.

Polis menggunakan pembesar suara untuk meminta penduduk yang tinggal berdekatan dengan lokasi kebakaran supaya berpindah ke tempat selamat. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!