Barcelona tawarkan Coutinho untuk khidmat Aubameyang

Barcelona bakal menawarkan pemainnya, Philippe Coutinho kepada Arsenal dalam usaha mendapatkan khidmat penyerang Gabon, Pierre-Emerick Aubameyang untuk beraksi di Nou Camp. - Foto Caughtoffside
Barcelona bakal menawarkan pemainnya, Philippe Coutinho kepada Arsenal dalam usaha mendapatkan khidmat penyerang Gabon, Pierre-Emerick Aubameyang untuk beraksi di Nou Camp. - Foto Caughtoffside
A
A
A

GERGASI La Liga, Barcelona bakal menawarkan pemainnya, Philippe Coutinho kepada Arsenal dalam usaha mendapatkan khidmat penyerang Gabon, Pierre-Emerick Aubameyang untuk beraksi di Nou Camp.

Bagaimanapun pengendali Arsenal, Mikel Arteta enggan mengulas lanjut berhubung tawaran berkenaan biarpun pelbagai spekulasi berhubung perkara berkenaan menjadi bualan hangat dalam kalangan penyokong The Gunners ketika ini.

Menurut Arteta, spekulasi berkenaan semakin hebat diperkatakan apabila Aubameyang tidak diturunkan pada aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) minggu lalu yang menyaksikan pasukan utara London itu tewas 0-2 kepada pendatang baharu EPL, Brentford.

“Aubameyang tidak beraksi disebabkan dia memberitahu saya dia tidak sihat. Begitu juga dengan Lacazette (Alexander) yang sebenarnya turut menjadi ‘buruan’ Barca ketika ini.

“Kami juga percaya tawaran ini datang kerana Arsenal memerlukan pemain tengah berwibawa dan disebabkan itulah, khidmat Cautinho ditawarkan kepada kami,” katanya.

Untuk rekod, Coutinho yang pernah beraksi dengan Liverpool mula menyertai Barcelona pada musim 2018; namun, pemain berkenaan dilihat gagal menyerlah di Nou Camp dan kini dia antara pemain yang bakal ‘dilepaskan’ kepada pasukan lain.

Apatah lagi, Barcelona kini difahamkan berdepan dengan sedikit masalah kewangan yang menyaksikan beberapa pemain perlu dilepaskan bagi menyelamatkan kantung pasukan.

Mengulas lanjut Arteta berkata, tindakan Barcelona melepaskan beberapa pemain ketika ini dilihat sebagai tindakan wajar dan ia sekali gus bakal menyaksikan sedikit perubahan berlaku pasukan.

Artikel Berkaitan:

“Bagi saya, apa yang dilakukan oleh Barcelona adalah bagi membuat pembaharuan dalam pasukan berkenaan.

“Memang ia dilihat sebagai satu kerugian besar apabila melepaskan pemain-pemain berwibawa dan membawa masuk pemain baharu, namun ia adalah antara jalan ke arah ‘pembaharuan’ berkenaan,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!