Lebih 700 pemohon SIV tinggalkan Afghanistan dalam tempoh 48 jam

Pentadbiran Presiden Joe Biden berjaya memindahkan kira-kita 2.5 peratus daripada 80,000 pemohon SIV. - Foto AP
Pentadbiran Presiden Joe Biden berjaya memindahkan kira-kita 2.5 peratus daripada 80,000 pemohon SIV. - Foto AP
A
A
A
WASHINGTON - Lebih 700 pemohon Visa Imigran Khas (SIV) meninggalkan Afghanistan dalam tempoh 48 jam, menjadikan jumlah individu yang dipindahkan di bawah program SIV itu hampir 2,000 orang, kata Brigedier Jeneral Tentera Amerika Syarikat (AS), William Taylor kepada wartawan .

"Lebih 700 pemohon SIV telah meninggalkan Afghanistan dalam tempoh 48 jam lalu dengan menggunakan penerbangan komersial atau sewa khas, menjadikan jumlah (permohonan yang diproses) hari ini hampir 2000," kata Taylor pada taklimat media pada Isnin, lapor Sputnik.

Pada awal Ogos, media AS melaporkan, kerajaan AS merancang membawa keluar 700 warga Afghanistan setiap minggu dan sekitar 20,000 orang yang memenuhi syarat SIV bersama keluarga mereka ke AS.

Setakat ini, pentadbiran Presiden Joe Biden berjaya memindahkan kira-kita 2.5 peratus daripada 80,000 pemohon SIV. - Bernama

Artikel Berkaitan: