Angka kematian akibat banjir di Turki meningkat kepada 74 orang

Banjir disebabkan hujan lebat itu berlaku pada 11 Ogos. - Foto Reuters
Banjir disebabkan hujan lebat itu berlaku pada 11 Ogos. - Foto Reuters
A
A
A

ANKARA - Sekurang-kurangnya 74 orang terkorban dan 47 yang lain dilaporkan hilang akibat banjir dan tanah runtuh melanda wilayah Laut Hitam Turki, lapor Xinhua memetik kenyataan agensi bencana kebangsaan pada Isnin.

Banjir disebabkan hujan lebat itu berlaku pada 11 Ogos, mengorbankan 62 penduduk di wilayah Kastamonu, 11 di wilayah Sinop dan seorang dilaporkan maut di wilayah Bartin.

Sementara 1,480 penduduk Kastamonu, 560 di Sinop dan 341 di Bartin dipindahkan ke kawasan selamat, menurut agensi itu.

Kementerian Pertahanan Turki menghantar dua kapal bagi tujuan memindahkan mangsa banjir dan kenderaan dari wilayah Sinop.

Banjir turut memusnahkan kediaman, jambatan dan menghanyutkan kenderaan serta mengakibatkan bekalan elektrik turut terputus di wilayah tersebut. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!