China kekal destinasi tumpuan pelabur asing

China berjaya mengekalkan statusnya sebagai destinasi tumpuan bagi pelaburan asing berikutan persekitaran pasaran yang stabil di sebalik situasi pandemik Covid-19 yang sedang melanda di seluruh dunia.
China berjaya mengekalkan statusnya sebagai destinasi tumpuan bagi pelaburan asing berikutan persekitaran pasaran yang stabil di sebalik situasi pandemik Covid-19 yang sedang melanda di seluruh dunia.
A
A
A

BEIJING - China berjaya mengekalkan statusnya sebagai destinasi tumpuan bagi pelaburan asing berikutan persekitaran pasaran yang stabil di sebalik situasi pandemik Covid-19 yang sedang melanda di seluruh dunia.

Pada Isnin, statistik dikeluarkan Kementerian Perdagangan China menunjukkan pelaburan asing digunakan China pada tujuh bulan pertama tahun ini meningkat 25.5 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, dengan mencecah RMB672.19 bilion (RM439.88 bilion).

Daripada angka tersebut, pelaburan asing yang digunakan dalam sektor industri perkhidmatan meningkat 29.2 peratus kepada RMB535 bilion (RM350 bilion) iaitu menghampiri 80 peratus jumlah penggunaan pelaburan asing di negara ini.

Sementara itu, jumlah pelaburan dari negara ASEAN dan negara-negara yang terlibat Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) pula dilaporkan meningkat lebih 46 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, laporan separuh tahun pertama beberapa syarikat transnasional Eropah juga merekodkan peningkatan perniagaan di pasaran China dari bidang kenderaan hingga barang-barang kegunaan harian.

Ahli Lembaga Pengurusan merangkap Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Jaguar Land Rover di China, Pan Qing turut menyifatkan China sebagai 'pasaran yang tidak dapat digantikan'.

Seiring dengan peningkatan kerjasama antara China dengan Eropah dalam bidang ekonomi dan perdagangan, permintaan pasaran yang kuat dipercayai akan menarik lebih banyak syarikat Eropah meningkatkan pelaburan untuk menembusi pasaran China. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!