FAM tangguh program naturalisasi
PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) pada Selasa mengumumkan program naturalisasi skuad kebangsaan ditangguhkan buat seketika.
Perkara itu diumumkan oleh Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin pada sidang media secara dalam talian selepas mempengerusikan Mesyuarat Kedua Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi penggal 2021-2025.
Menurutnya, bagi pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2023, skuad Harimau Malaya juga hanya menampilkan dua pemain naturalisasi.
Tambah Hamidin, sebarang penambahan bagi pemain naturalisasi ini hanya akan dibuat bagi kempen kelayakan seterusnya.
Buat masa ini, skuad Harimau Malaya memiliki tiga pemain naturalisasi iaitu Mohamadou Sumareh dari Gambia, Liridon Krasniqi (Kosovo) dan Guilherme de Paula (Brazil).
Dalam masa sama, Hamidin turut menegaskan progam pemain warisan (pemain kacukan) akan tetap diteruskan, tetapi jumlah mereka tidaklah terlalu ramai kerana mahu memastikan pemain berkenaan benar-benar berwibawa.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!