Kian Ming kekal sokong Anwar sebagai calon PM
KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bangi, Dr Ong Kian Ming kekal menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri yang baharu.
Kian Ming berkata, pendirian beliau dan parti DAP telah jelas selama ini untuk memilih Ahli Parlimen Port Dickson itu sebagai calon Perdana Menteri yang kesembilan.
“Tiada isu. Pendirian saya dan pendirian parti saya telah jelas. Saya akan menyokong @anwaribrahim sebagai calon PM (Perdana Menteri) saya.
"Melainkan jika diperintahkan oleh parti, ini akan menjadi pilihan saya menerusi undian,” ciap Kian Ming di laman Twitternya pada Selasa.
Kiang Min berkata demikian susulan pertanyaan pengikut di media sosialnya yang meminta beliau secara terbuka menyatakan surat akuan bersumpah (SD) sokongan terhadap ahli Parlimen mana untuk menjadi calon Perdana Menteri sebagai tanggungjawab kepada pengundinya.
Pada 13 Ogos lalu, Kian Ming mahu pembangkang duduk semeja berbincang mengenai tawaran Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kian Ming melalui ciapan di Twitternya berkata, cadangan yang dikemukakan itu memberikan impak besar terhadap masa depan politik negara.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!