Penduduk runsing ayam berkeliaran dalam taman

Penduduk mendakwa ayam dibiarkan berkeliaran termasuk bertelur di kawasan perumahan dekat Taman Cempaka, Selama, Kedah.
Penduduk mendakwa ayam dibiarkan berkeliaran termasuk bertelur di kawasan perumahan dekat Taman Cempaka, Selama, Kedah.
A
A
A

SELAMA- Penduduk di Taman Cempaka, di sini runsing memikirkan masalah ayam peliharaan yang dibiarkan berkeliaran sehingga menimbulkan kacau ganggu.

Penduduk, Md Akhir Mat, 46, mendakwa, tindakan pemilik ayam melepaskan haiwan peliharaan itu telah mencetuskan ketidakselesaan dalam kalangan penduduk berdekatan.

Dakwanya, ia lebih teruk apabila ada antara ayam dibiarkan bertelur dan tahi ayam berselerakan di merata tempat termasuk dalam kawasan rumah jiran.

"Saya telah beberapa kali membuat aduan berhubung perkara ini dan ada penguat kuasa yang datang membuat operasi tangkap ayam," katanya.

Penduduk mendakwa ayam dibiarkan berkeliaran termasuk bertelur di kawasan perumahan dekat Taman Cempaka, Selama, Kedah.
Penduduk mendakwa ayam dibiarkan berkeliaran termasuk bertelur di kawasan perumahan dekat Taman Cempaka, Selama, Kedah.

Dakwa Mat Akhir, walaupun operasi telah dilaksanakan namun perkara itu belum selesai kerana masih terdapat ayam dibiarkan berkeliaran sehingga kini.

Sementara itu, Ahli Majlis Daerah Bandar Baharu, Rohaizat Jaafar berkata, aduan berkenaan telah diambil maklum untuk tindakan selanjutnya.

Menurutnya, tindakan telah dilaksanakan menerusi beberapa operasi di kawasan terbabit.

Artikel Berkaitan:

"Kita mengakui masih terdapat saki-baki haiwan peliharaan itu, bagaimanapun, tindakan selanjutnya akan disusuli dari masa ke semasa," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!