'Terima manfaat daripada langkah vaksinasi, pembukaan semula ekonomi'

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

KUALA LUMPUR - Apa pun gabungan yang mengambil alih kawalan Parlimen selepas peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri akan mendapat manfaat daripada langkah-langkah vaksinasi yang dilaksanakan dan pembukaan semula ekonomi.

Dalam nota penyelidikan pada Selasa, Affin Hwang Capital Asset Management berkata, kerajaan baharu juga akan meraih manfaat daripada tekanan jualan yang berkurangan oleh syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) daripada berakhirnya pelbagai skim pengeluaran.

“Peletakan jawatan Perdana Menteri memanjangkan dan meningkatkan ketidakpastian berikutan gabungan yang akhirnya dibentuk boleh mewujudkan kelewatan dasar, perubahan dan gabungan itu sendiri tidak stabil. Ini mungkin atau mungkin tidak dijelaskan dengan segera, justeru, kita perlu terus menilai semula perkembangan baharu untuk menyelaraskan pandangan dan strategi kita dengan sewajarnya,” katanya.

Katanya, pasaran akan mendapat sedikit impak negatif jika pentadbiran semasa diteruskan sama ada di bawah bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri atau malah Muhyiddin berikutan parti itu boleh mempunyai gabungan minoriti terbesar.

Sementara itu, bagi dana konvensional, daripada tahap pelaburan yang besar, firma penyelidikan percaya mengurangkan wajaran untuk pilihan tunai adalah berhemat dalam persekitaran ini.

“Dana Shariah mempunyai tahap tunai yang tinggi dalam krisis ini berikutan pembukaan semula ‘play option’ yang berkurangan dan pasaran lemah dengan ketara berbanding dana konvensional. Sektor teknologi, runcit, penjagaan kesihatan dan pembuatan menawarkan risiko politik yang rendah walaupun bukan dari perspektif penilaian.

“Bank, syarikat berkaitan kerajaan dan saham berkaitan politik kini berisiko berikutan potensi untuk melaksanakan lebih banyak tanggungjawab nasional berdasarkan had dasar monetari dan fiskal kita untuk merangsang ekonomi. Ini adalah risiko dan bukan kemungkinan berikutan gabungan baharu mungkin tidak memilih laluan ini atau mungkin tidak perlu jika ekonomi dibuka dengan penggunaan sektor swasta yang terhad,” katanya.

Jika politik stabil, digabungkan dengan pembukaan semula ekonomi, katanya, terdapat potensi untuk meningkat 5.0 peratus hingga 10 peratus menjelang akhir tahun.

Artikel Berkaitan:

“Kami menyokong pembukaan semula aktiviti seperti bank, peruncitan, hartanah, penjagaan kesihatan; aktiviti pertumbuhan global seperti teknologi, pembuatan dan pendigitalan seperti syarikat telekomunikasi dan pembayaran,” katanya. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!