Pasaran getah ditutup kukuh

Pasaran getah Malaysia ditutup kukuh pada Selasa disokong oleh kenaikan dalam pasaran hadapan getah serantau.
Pasaran getah Malaysia ditutup kukuh pada Selasa disokong oleh kenaikan dalam pasaran hadapan getah serantau.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pasaran getah Malaysia ditutup kukuh pada Selasa disokong oleh kenaikan dalam pasaran hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.

Beliau berkata, pasaran getah juga dirangsang oleh laporan bahawa China akan mengukuhkan dasar fiskal dan monetari walaupun terdapat trend bercampur-campur dalam harga minyak mentah yang dijadikan penanda aras.

"Namun demikian, kenaikan lebih lanjut disekat oleh kemerosotan pasaran ekuiti global berikutan meningkatnya kebimbangan mengenai kesan varian Covid-19 Delta," katanya kepada Bernama.

Harga Lembaga Getah Malaysia (MRB) untuk SMR 20 meningkat sembilan sen kepada 745.0 sen sekilogram sementara lateks pukal menokok enam sen pada 534.0 sen sekilogram.

Pada jam 5 petang, harga penutup MRB untuk SMR 20 berada pada 745.0 sen sekilogram sementara lateks pukal pada 537.0 sen sekilogram. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!