Polis ambil langkah tangani kes salah guna sijil digital vaksin

Acryl Sani
Acryl Sani
A
A
A

KUALA TERENGANU - Polis mengambil beberapa langkah bagi menangani penyalahgunaan sijil digital vaksin dalam kalangan masyarakat.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, perkara itu dalam perhatian dan tindakan pihak berkuasa.

"Setakat ini kita belum dapat sebarang laporan mengenai penyalahgunaan sijil digital vaksin oleh individu lain.

"Bagaimanapun pihak polis mengambil maklum keadaan tersebut dan akan mengambil beberapa langkah tertentu untuk mengatasinya," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan Ops Bantu di kediaman pesara polis di Tepoh dan Seberang Takir di sini pada Selasa.

Terdahulu, Polis Kedah menerima satu laporan berhubung maklumat tular di media sosial berhubung isu penjualan sijil digital vaksin palsu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!