Prolintas semarakkan kibaran Jalur Gemilang

Kakitangan lebuh raya LKSA memasang Jalur Gemilang bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan yang bakal diraikan tidak lama lagi.
Kakitangan lebuh raya LKSA memasang Jalur Gemilang bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan yang bakal diraikan tidak lama lagi.
A
A
A

SHAH ALAM - Kumpulan Syarikat Prolintas (Prolintas) menyemarakkan semangat patriotik sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia dengan mengibarkan Jalur Gemilang di lokasi strategik lebuh raya kendaliannya.

Prolintas dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, selain di laluan lebuh raya, bangunan pejabat operasi, kawasan rehat dan rawat (R&R) serta di kawasan hentian sebelah turut dihiasi dengan bendera Jalur Gemilang.

Menurutnya, pihak Prolintas juga aktif memuat naik kandungan patriotik di beberapa platform digital seperti di akaun media sosial, penganjuran peraduan foto Malaysiaku Merdeka serta paparan mesej kemerdekaan di ‘variable message sign’ (VMS) di lebuh raya kendaliannya.

“Selain di Lebuhraya Kemuning - Shah Alam (LKSA), lebuh raya seliaan Prolintas seperti Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dan Lebuhraya Kajang SILK (SILK) turut dimeriahkan dengan Jalur Gemilang,” kata kenyataan itu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!