[VIDEO] Taliban benarkan wanita bekerja, dapat pendidikan
Ini termasuk beri kebenaran untuk golongan wanita bekerja dan mendapatkan pendidikan.
Zabihullah Mujahid bagaimanapun tidak memberi butiran lanjut.
"Berdasarkan undang-undang Syariah, kami akan membenarkan golongan wanita bekerja, mereka adalah elemen penting dalam masyarakat, dan kami sangat menghormati mereka.
"Sekiranya masyarakat memerlukan mereka, peranan mereka diiktiraf," katanya.
Dalam sidang media berkenaan, Zabiullah juga beri jaminan penaklukan Taliban adalah untuk kepentingan negara itu.
Mereka juga tidak akan menghukum penduduk yang pernah berkhidmat dengan kerajaan dan tentera asing.
Afghanistan juga tidak akan menjadi lubuk pengganas di bawah pentadbiran Taliban seperti yang dikhuatiri pelbagai pihak.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!