Op Lejang Khas tahan lima lelaki

Dua daripada lima suspek ditahan dalam Ops Lenjang.
Dua daripada lima suspek ditahan dalam Ops Lenjang.
A
A
A

KLUANG - Berikutan kes kecurian kenderaan yang semakin berleluasa di daerah ini, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang telah menubuhkan ‘Task Force Lejang Khas’ bagi membendung kejadian ini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, pada 25 Februari lalu, kira-kira jam 6.30 petang, pasukan Op Lejang Khas ini telah menahan dua lelaki di Kampung Paya, di sini.

“Hasil soal siasat tangkapan pertama ini, kita berjaya membuat satu lagi tangkapan melibatkan dua lelaki tempatan di sebuah rumah di Taman Nasib dan seorang lagi lelaki tempatan di sekitar bandar Kluang, petang kelmarin.

“Kesemua lima tangkapan ini berusia antara 28 hingga 46 tahun dan semakan mendapati kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan saringan air kencing mendapati seorang suspek positif dadah,” katanya.

Mohd Abduh berkata, hasil serbuan ini juga telah berjaya merampas sebuah kereta, empat telefon bimbit, wang tunai RM120, satu gugusan kunci dan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM14,000.

Katanya, kesemua suspek juga telah direman selama empat hari di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan.

“Hasil soal siasat juga mendapati kumpulan ini terlibat dalam sembilan kes curi kenderaan iaitu satu kes curi kereta, satu kes curi van dan tujuh kes curi motosikal serta lima kes pecah rumah,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!