Harap kerajaan baharu jaga kepentingan rakyat: Ahmad Maslan
SHAH ALAM - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berharap agar kerajaan baharu yang dibina selepas ini berjaya menjaga dan memberi tumpuan kepada beberapa aspek untuk kepentingan rakyat serta negara.
Menerusi ciapan di Twitter pada Rabu, Ahli Parlimen Pontian itu berkata, tumpuan yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan merangkumi aspek agama, kesihatan, ekonomi, sosial, pendidikan dan keprihatinan kepada rakyat.
"Semoga selepas ini kerajaan yang dibina adalah kerajaan yang akan berjaya menjaga aspek agama, kesihatan, ekonomi, sosial, pendidikan & #PrihatinRakyat," tulisnya.
Menerusi perkongsian yang sama, beliau berkata, semoga kerajaan yang gagal menjadi sejarah dan perpaduan di negara ini dapat dicapai.
"Moga #KerajaanGagal sudah menjadi sejarah. Semoga perpaduan negara dapat dicapai
"Jangan zalim kepada #rakyat. Tegakkan keadilan dan kebenaran pada setiap masa," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!