Subsektor negeri Fasa Dua PPN boleh beroperasi

Kedai bunga dan nursery antara 11 11 jenis aktiviti ekonomi dalam sektor perdagangan dan pengedaran yang dibenarkan kembali beroperasi berkuat kuasa 16 Ogos. Foto 123RF
Kedai bunga dan nursery antara 11 11 jenis aktiviti ekonomi dalam sektor perdagangan dan pengedaran yang dibenarkan kembali beroperasi berkuat kuasa 16 Ogos. Foto 123RF
A
A
A

PUTRAJAYA - Semua subsektor perdagangan dan pengedaran di negeri-negeri Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenarkan beroperasi semula walaupun belum mencapai tahap imunisasi lengkap 50 peratus populasi dewasa.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, negeri terbabit adalah Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Sabah.

“Pemain industri dan pemilik premis boleh beroperasi tanpa perlu menunggu kelulusan daripada KPDNHEP. Semua bukti permohonan melalui CIMS (Centralised Information Management System) hendaklah disimpan untuk dijadikan bukti apabila diperlukan,” menurut kenyataan itu.

Pemilik premis perlu membuat permohonan kebenaran beroperasi melalui sistem Centralised Information Management System (CIMS) di pautan https://notification.miti.gov.my/login.

Pada Ahad lepas, kerajaan membenarkan 11 jenis aktiviti ekonomi dalam sektor perdagangan dan pengedaran kembali beroperasi berkuat kuasa 16 Ogos (Isnin).

Antara aktiviti ekonomi berkenaan adalah kedai barang fotografi dan perkhidmatan fotografi; kedai barangan terpakai; kedai bunga dan nurseri; kedai kraftangan dan cenderahati; kedai antik; kedai alat permainan; kedai permaidani serta kedai kandungan kreatif dan peralatan industri kreatif.

Menurut KPDNHEP, semua syarikat terbabit tidak perlu mengemukakan maklumat pekerja yang telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19.

KPDNHEP menegaskan pemilik premis yang tersenarai dalam perniagaan boleh beroperasi semula perlu memastikan pelanggan yang memasuki premis menunjukkan sijil digital vaksinasi Covid-19 bagi membuktikan individu berkenaan telah menerima vaksinasi lengkap.

Artikel Berkaitan:

Menurut KPDNHEP, bagi vaksin Pfizer-BioNTech, AstraZeneca dan Sinovac, individu berkenaan perlu melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua, manakala bagi vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan seperti Johnson&Johnson dan CanSino pula perlu melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!