Ko yakin beraksi cemerlang di Terbuka British
PEMAIN ranking keenam dunia, Lydia Ko yakin dapat beraksi cemerlang pada Kejohanan Golf Terbuka (Wanita) British minggu ini, bagi menamatkan prestasi buruknya sejak kebelakangan ini.
Menurut pemain New Zealand berusia 24 tahun itu, dia kini bersedia untuk mengharungi kejohanan berkenaan setelah meraih gangsa pada Sukan Olimpik Tokyo, 7 Ogos lalu dan muncul naib juara bagi Kejohanan Terbuka (Wanita) Scotland pada 15 Ogos.
Justeru, pemain kelahiran Korea itu berazam untuk memperbaiki kedudukan berkenaan dan kembali muncul selaku pencabar bagi musim ini.
“Saya telah melalui hari-hari yang sukar dalam beberapa minggu ini dan ia perlu ditamatkan sebelum saya ‘berehat.’
“Saya juga tidak tetapkan sebarang sasaran kerana saya hanya cuba lakukan yang terbaik setiap minggu,” katanya.
Kejohanan Terbuka (Wanita) British bakal berlangsung mulai 19 hingga 22 Ogos di padang golf, Carnoustie, United Kingdom.
Untuk rekod, Ko pernah mencatat rekod apabila muncul pemain termuda yang menghuni ranking nombor satu golf wanita ketika berusia 17 tahun pada 2015 lalu.
Sementara itu Ko turut mendedahkan dia pernah terfikir untuk bersara daripada sukan golf, namun membatalkan hasrat berkenaan kerana memikirkan masih banyak perkara yang perlu dicapai dalam sukan berkenaan sebelum mengumumkan persaraan.
Malah katanya, sekiranya ia benar-benar berpuas hati dengan segalan pencapaiannya selama terlibat dalam sukan golf.
“Saya pernah merancang untuk bersara pada usia 30 tahun, kerana ada banyak lagi perkarayang boleh saya lakukan.
“Lagi pun, sebelum ini, saya pernah menjadi sebagai pemain paling muda, namun kali ini kita ada pemain yang tiga atau empat tahun lebih muda.
“Apa pun, bagi saya, golf adalah sukan yang hebat kerana kita boleh beraksi untuk satu tempoh masa yang agak lama, namun ia perlu selari dengan pencapaian (kejayaan) diri,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!