Kuil tenang, penganut Hindu beribadat seperti biasa
Malah, beberapa penganut Hindu yang hadir ke kuil turut bersembahyang seperti biasa seolah-olah tiada apa pernah berlaku di kuil berkenaan.
Begitupun, Sinar Harian difahamkan jumlah penganut yang beribadat pada hari ini agak kurang jika dibandingkan dengan minggu-minggu sebelumnya.
Kemungkinan tindakan polis menutup beberapa laluan masuk ke kuil mempengaruhi keadaan itu selain mereka mungkin bimbang dengan keselamatan diri jika datang ke kuil.
Tinjauan Sinar Harian sejak malam kelmarin juga mendapati tidak kelihatan kelibat mana-mana kumpulan berhimpun di hadapan kuil seperti yang berlaku pada awal pagi Rabu.
Pasukan polis dan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) juga setia berkawal di hadapan kuil dari malam sehingga ke pagi.
Diharapkan ketenangan ini berterusan dan segala isu melibatkan kuil berkenaan dapat diselesaikan dengan baik tanpa sebarang kekacauan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!