Kadar jangka pendek ditutup stabil

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KADAR antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional susut kepada RM28.51 bilion daripada RM32.82 bilion pagi ini, manakala dalam sistem Islam, ia berkurangan kepada RM15.90 bilion daripada RM18.86 bilion sebelumnya.

Pada Rabu, sebelum ini BNM menawarkan tiga tender pasaran wang konvensional, satu tender Program Murabahah Komoditi (CMP), satu tender Qard lelongan julat tempoh matang Islam (iRMA), dan satu tender repo berbalik.

Pada jam 4 petang, bank pusat itu menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM28.5 bilion dan satu tender pasaran wang Murabahah bernilai RM14.9 bilion, kedua-duanya bagi wang satu hari.

BNM turut menyemak semula tender semalaman Murabahah daripada RM14.4 bilion kepada RM14.9 bilion.

Kadar faedah semalaman Islam purata berada pada 1.72 peratus, sementara kadar satu, dua dan tiga minggu masing-masing pada 1.77 peratus, 1.81 peratus, dan 1.85 peratus. -Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!