Gadis buat laporan palsu ditikam peragut didenda RM2,000

Tertuduh mendakwa cedera akibat ditikam penjenayah dengan pisau dalam kejadian samun di Taman Greenwood, Selayang pada Sabtu.
Tertuduh mendakwa cedera akibat ditikam penjenayah dengan pisau dalam kejadian samun di Taman Greenwood, Selayang pada Sabtu.
A
A
A

SELAYANG - Padah membuat laporan palsu kononnya cedera akibat disamun, seorang gadis didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.

Siti Nurfarahiyah Yusri, 20, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nik Fadli Nik Azlan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara selama enam bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memberikan maklumat kepada seorang penjawat awam iaitu pegawai polis, Mohd Sheqal Roslan secara lisan yang diketahui tertuduh sebagai palsu.

Ia menyebabkan pegawai polis berkenaan menggunakan kuasa yang sah untuk menyiasat aduan tersebut sedangkan sepatutnya tidak dilakukan jika fakta sebenar diketahui.

Kesalahan dilakukan di Jalan 10, Taman Greenwood, Batu Caves di sini pada jam 4.24 petang, 14 Ogos lalu.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, pengadu yang juga anggota polis menerima satu laporan daripada tertuduh mengatakan dia menjadi mangsa ragut dan telah ditikam di paha.

Hasil siasatan bagaimanapun mendapati wujud kecurigaan terhadap laporan itu.

Artikel Berkaitan:

Ini kerana tertuduh gagal memberikan gambaran jelas kejadian selain kedudukan pisau pada pahanya berada dalam keadaan tegak seolah-olah mangsa menusuk dirinya sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tikam paha kerana tertekan, bukan disamun

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!