Tinggalkan isteri selepas bantuan bulanan diluluskan

Wanita berkenaan merupakan antara penerima Tabung Bencana Covid-19 Pas bagi kawasan Parlimen Batu.
Wanita berkenaan merupakan antara penerima Tabung Bencana Covid-19 Pas bagi kawasan Parlimen Batu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang suami tergamak meninggalkan isterinya selepas Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) meluluskan permohonan bantuan bulanannya.

Isterinya yang merupakan bekas usahawan wanita kini terpaksa memikul tanggungjawab besar menjalankan peranan sebagai ibu dan ayah bagi membesarkan anak-anaknya selepas hilang tempat bergantung.

Kisah wanita malang yang berlaku ketika penularan wabak Covid-19 itu dikongsi Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan, Azhar Yahya yang juga merupakan Yang Dipertua Pas Kawasan Batu.

Azhar berkata, wanita berkenaan adalah antara ratusan kisah sedih dikongsi penerima menerusi peruntukan yang disediakan Tabung Bencana Covid-19 Pas bagi kawasan Parlimen Batu secara 'one off'.

Azhar Yahya
Azhar Yahya

"Berderai air mata wanita ini menyambut kedatangan untuk menghulurkan sedikit bantuan dan sumbangan wang tunai kepada beliau.

"Berdepan dengan pelbagai ujian dan pelbagai liku kehidupan yang tidak menentu, itulah ujian yang tidak sanggup dihadapi oleh sesiapa," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Menceritakan kejadian, beliau berkata, wanita berkenaan baru berkahwin semula, namun perkahwinan itu dikhianati oleh suami baharunya selepas permohonan sebagai penama bantuan bulanan JAWI diluluskan.

Artikel Berkaitan:

"Pasukan Kebajikan Pemuda Pas Batu baru-baru ini turun menghulurkan sumbangan barangan dapur termasuk lauk mentah bagi meringankan sedikit kesulitan beliau sekeluarga.

"Tiada apa yang boleh diucapkan melainkan berdoa semoga urusan wanita ini sekeluarga dipermudahkan oleh ALLAH," katanya turut memaklumkan tabung itu dilancarkan sejak bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!