Sindiket pelacuran guna WeChat, WhatsApp tumpas

Wanita warga asing yang ditahan dalam serbuan Op Noda di Taman Merdeka Permai pada Selasa.Gambar sebelah,Asistan Komisioner Afzanizar
Wanita warga asing yang ditahan dalam serbuan Op Noda di Taman Merdeka Permai pada Selasa.Gambar sebelah,Asistan Komisioner Afzanizar
A
A
A

MELAKA - Sindiket pelacuran dalam talian menggunakan aplikasi WeChat dan WhatsApp yang aktif sejak sebulan lalu tumpas dalam serbuan di sebuah hotel bajet di Taman Merdeka Permai di sini pada petang Selasa.

Serbuan jam 4 petang yang dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah telah menahan lima wanita warga asing dan dua lelaki tempatan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asistan Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, berdasarkan siasatan awal setiap pelanggan dikenakan bayaran RM180 hingga RM240 bagi setiap perkhidmatan persundalan itu.

Menurutnya, pelanggan yang berminat akan membuat bayaran secara tunai di bilik hotel yang disediakan dan kesemua wanita itu dipercayai hanya melayan tiga orang pelanggan dalam sehari.

Beberapa peralatan dan barangan yang digunakan untuk tujuan khidmat seks dirampas.
Beberapa peralatan dan barangan yang digunakan untuk tujuan khidmat seks dirampas.

"Kesemua wanita yang ditahan terdiri daripada empat warga Vitenam dan seorang warga Laos berusia 20 hingga 31 tahun. Polis juga merampas peralatan yang digunakan untuk khidmat seks.

"Dua lelaki yang ditahan adalah penjaga kaunter dan seorang pengusaha hotel masing-masing berusia 52 dan 58 tahun," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Katanya, pengusaha hotel terbabit turut dikenakan kompaun RM10,000 di bawah Peraturan 16, Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 kerana menjalankan perniagaan perhotelan tanpa kebenaran sepanjang tempoh Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan turut disiasat di bawah Seksyen 372A Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

"Kesemua mereka direman selama empat hari bermula Rabu dan wanita terbabit disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!