Empat termasuk dua pelanggan leka berjudi ditahan

Antara peralatan yang dirampas dipercayai digunakan untuk perjudian dalam talian di sebuah premis di Jalan Mega Mendung Off Jalan Klang Lama di sini pada Selasa.
Antara peralatan yang dirampas dipercayai digunakan untuk perjudian dalam talian di sebuah premis di Jalan Mega Mendung Off Jalan Klang Lama di sini pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Empat individu termasuk dua pelanggan yang sedang leka berjudi ditahan dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Mega Mendung Off Jalan Klang Lama di sini pada Selasa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni berkata, serbuan jam 3 petang itu dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields bersama Pakar Judi dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Menurut beliau, dalam serbuan itu polis menahan tiga lelaki warga asing dan seorang lelaki warga tempatan yang berusia 27 hingga 62 tahun.

"Siasatan awal mendapati dua suspek bekerja sebagai penjaga premis, manakala dua lagi mengaku sebagai pemain judi di premis berkenaan.

"Polis merampas enam buah komputer riba, lapan buah tablet, telefon bimbit, tapak komputer tablet, router, buku, alat kawalan jauh dan wang tunai," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Basri berkata, analisa Pakar Judi ke atas peralatan ini mendapati wujud aktiviti yang disyaki berkaitan dengan unsur-unsur perjudian dalam talian.

"Kesemua suspek dibawa ke IPD Brickfields untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!