Kepala air di Gunung Jerai: Tiga maut, tiga lagi masih hilang

Muhammad Sanusi (tengah) meninjau operasi mencari dan menyelamat mangsa di kaki Gunung Jerai pada Khamis. - Foto Urusetia Penerangan Darul Aman (UPDA)
Muhammad Sanusi (tengah) meninjau operasi mencari dan menyelamat mangsa di kaki Gunung Jerai pada Khamis. - Foto Urusetia Penerangan Darul Aman (UPDA)
A
A
A

ALOR SETAR - Tiga individu maut dan tiga lagi masih hilang selepas terperangkap dalam kejadian kepala air di puncak Gunung Jerai di sini pada Rabu.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan setakat jam 1 pagi, tiga mangsa terkorban di tiga lokasi berbeza dan tiga mangsa lagi di kawasan Titi Hayun dikhuatiri masih hilang.

Menurutnya, setakat ini, identiti salah seorang mangsa yang terkorban di kawasan tanah runtuh Gunung Jerai dikenal pasti sebagai Shahruzi Mohamad, 53.

"Mayat mangsa telah diturunkan dan operasi mencari tiga mangsa hilang disambung pada pagi Khamis," katanya awal pagi Khamis.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!