Pemimpin DAP sahkan tidak dipanggil ke Istana Negara
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Bangi, Dr Ong Kian Ming memaklumkan beliau dan pemimpin separtinya tidak dipanggil untuk ke Istana Negara pada Khamis.
Perkara itu dinyatakan menerusi ciapan di Twitternya.
"Selamat pagi, jika ada sesiapa yang tertanya-tanya, saya dan rakan (DAP) tidak mendapat sebarang panggilan untuk ke Istana Negara hari ini. Semoga hari ini baik," tulisnya.
Pada Khamis seramai 114 ahli Parlimen dilaporkan akan dipanggil ke Istana Negara dipercayai mempunyai kaitan dengan majoriti yang telah memihak kepada Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan.
Ahli Parlimen terlibat adalah daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS), Bersatu, UMNO, MCA, MIC, Pas, dan beberapa parti lain dan ahli Parlimen Bebas.
Beberapa ahli Parlimen telah mengesahkan akan menghadiri sesi tersebut pada waktu yang dijadualkan.
Morning guys! In case anyone is wondering, no, my colleagues and I didn't get any calls to go to the Palace today... Have a nice day!
— Ong Kian Ming (@imokman) August 18, 2021
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!