Sidang DUN Sabah ditangguh ke tarikh baharu

Kadzim M Yahya
Kadzim M Yahya
A
A
A

KOTA KINABALU - Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-16 yang sebelum ini dijadualkan selama tiga hari bermula Selasa depan ditangguhkan ke tarikh baharu iaitu 21 hingga 23 September.

Penangguhan itu dimaklumkan Speaker DUN Sabah, Datuk Kadzim M Yahya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, satu Warta Kerajaan berhubung perubahan itu dikeluarkan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong bertarikh 17 Ogos selepas mendapat perkenan Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.

Berdasarkan warta berkenaan, penangguhan dilakukan kerana mengambil kira keadaan semasa yang tidak mengizinkan untuk persidangan DUN diadakan minggu depan.

Pada 9 Ogos lalu, Kadzim dalam kenyataannya menetapkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan petugas yang terlibat dalam sidang DUN Sabah perlu mengemukakan ujian calitan Covid-19 tiga hari sebelum persidangan.

Selain itu, pihaknya juga menetapkan individu lengkap dua dos vaksin sebagai prosedur operasi standard (SOP) utama bagi pelaksanaan sidang DUN selama tiga hari yang sepatutnya bermula 24 Ogos ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!