Pemandu lori, kelindan maut nahas tiga kenderaan

Lori yang membawa muatan barangan runcit antara tiga kenderaan yang terlibat dalam kemalangan maut di Jalan Kota Belud-Tuaran berhampiran Bukit Kelawat, Kota Belud.
Lori yang membawa muatan barangan runcit antara tiga kenderaan yang terlibat dalam kemalangan maut di Jalan Kota Belud-Tuaran berhampiran Bukit Kelawat, Kota Belud.
A
A
A

KOTA BELUD - Dua lelaki maut selepas lori dinaiki mereka terlibat kemalangan di Jalan Kota Belud-Tuaran berhampiran Bukit Kelawat, awal pagi Khamis.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, pemandu lori, Lee Chee Fui, 51 dan kelindan, Lee Jun Liong, 17, disahkan meninggal dunia di lokasi, manakala seorang lagi kelindan berusia 27 tahun cedera parah.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Sahimi Husin berkata, siasatan awal mendapati, ketiga-tiga mangsa bergerak dari arah Kota Kinabalu menuju ke Kota Marudu dengan membawa barangan runcit.

Bagaimanapun katanya, sebaik sampai di lokasi kejadian, lori dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan terus merempuh belakang sebuah pacuan empat roda.

"Akibat kejadian itu, lori yang dipandu mangsa melanggar tembok konkrit pembahagi jalan sebelum masuk ke laluan bertentangan.

Tembok konkrit pembahagi jalan pecah selepas dilanggar lori dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Kota Belud-Tuaran berhampiran Bukit Kelawat, Kota Belud.
Tembok konkrit pembahagi jalan pecah selepas dilanggar lori dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Kota Belud-Tuaran berhampiran Bukit Kelawat, Kota Belud.

"Manakala pacuan empat roda dan sebuah lagi kereta Proton Wira turut terbabas," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Sahimi berkata, seorang lagi kelindan yang mengalami kecederaan parah dihantar ke Hospital Kota Belud.

Artikel Berkaitan:

"Pemandu dan penumpang dua lagi kenderaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!