'Saya akan terus buat kebaikan sampai mati'
KUALA LUMPUR - Pendakwah terkenal, Ebit Lew memberitahu akan terus membuat kebaikan sampai mati dan memaafkan semua pihak yang memfitnahnya.
Ebit percaya ujian yang menimpa kerana ALLAH sayang turut memberitahu memaafkan apa yang terjadi dan memaafkan sesiapa sahaja.
"Perkara ini membuatkan saya lebih bersemangat dan saya akan terus membuat kebaikan sampai saya mati," katanya kepada media selepas memberikan keterangan di Bukit Aman di sini pada Khamis.
Ebit dipanggil ke Bukit Aman, bagi membantu siasatan berhubung kes gangguan seksual yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Pendakwah itu tiba bersama peguamnya, Datuk Hasnal Rezua Merican pada jam 9.30 pagi sebelum keluar dari Bukit Aman pada jam 2 petang.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!