Penularan Covid-19 di Palestin semakin buruk

Sejak beberapa minggu lalu, jumlah kes telah menunjukkan trend penurunan tetapi kes kembali meningkat selepas varian Delta dikesan di wilayah Palestin. Foto Xinhua
Sejak beberapa minggu lalu, jumlah kes telah menunjukkan trend penurunan tetapi kes kembali meningkat selepas varian Delta dikesan di wilayah Palestin. Foto Xinhua
A
A
A

RAMALLAH - Pegawai kesihatan Palestin pada Rabu memberi amaran bahawa situasi epidemiologi akibat Covid-19 di wilayah Palestin semakin buruk.

Pengarah hospital Palestin di Kementerian Kesihatan, Naji Nazzal dalam satu kenyataan berkata, keadaan kian parah akibat jumlah pesakit yang memerlukan rawatan di hospital semakin meningkat.

“Sejak beberapa minggu lalu, jumlah kes telah menunjukkan trend penurunan tetapi kes kembali meningkat selepas varian Delta dikesan di wilayah Palestin,” katanya.

Oleh itu, Kementerian Kesihatan bersiap siaga dengan membuka pusat perubatan di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.

Nazzal turut menggesa rakyat Palestin di kawasan terjejas segera mendapatkan suntikan vaksin.

Seorang pegawai Palestin pada Ahad berkata, 70 peratus kes jangkitan Covid-19 di wilayah Palestin adalah disebabkan varian Delta.

Sementara itu Kementerian Kesihatan pada Rabu melaporkan dua kematian akibat Covid-19 di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza dan 753 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam.

Seramai 667,894 rakyat di kawasan berkenaan telah menerima suntikan vaksin, termasuk 432,731 sudah lengkap dua dos.

Artikel Berkaitan:

Di Semenanjung Gaza pula, hanya 10 peratus penduduk sudah menerima vaksin masing-masing.

"Sekurang-kurangnya 1.5 juta daripada dua juta penduduk di Semenanjung Gaza perlu divaksin untuk memastikan mereka dilindungi daripada varian Delta," kata pengarah kawalan jangkitan Kementerian Kesihatan Gaza, Rami al-Abadla. -Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!