Kerajaan Kelantan perlu perketat SOP di PPV

Gambar hiasan. - Foto Bernama
Gambar hiasan. - Foto Bernama
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan negeri perlu memperketatkan kawalan penjagaan prosedur operasi standard (SOP) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kelantan.

Ketua Angkatan Wanita Amanah (AWAN) Kelantan, Dr Hafidzah Mustakim berkata, pihaknya menerima aduan daripada masyarakat mengenai kawalan SOP di PPV yang terlalu lemah.

"Usaha pihak kerajaan termasuk Kerajaan Negeri Kelantan mempercepatkan kadar pemberian vaksin kepada rakyat adalah amat dialu-alukan.

"Kerjasama diberikan rakyat juga memberangsangkan dan umum mengetahui bahawa PPV Mega amat berisiko menjadi pusat penularan Covid-19 sebagaimana berlaku di Lembah Klang.

"AWAN Negeri Kelantan menyatakan kebimbangan perkara sama berlaku di negeri Kelantan terutama dengan keadaan jangkitan harian Covid-19 melepasi angka 1,000 kes sehari," katanya kepada Sinar Harian, pada Khamis.

Menurutnya, pihaknya juga melihat penubuhan PPV berskala mega ini perlu dikurangkan bagi memastikan kawalan penularan dapat dilaksanakan dengan baik.

Beliau berkata, kerajaan perlu memperbanyakkan PPV komuniti setempat yang mudah diakses oleh rakyat secara keseluruhannya.

"Kalau mahu diteruskan juga, SOP pencegahan Covid-19 seperti penjarakan sosial dan lain-lain mesti betul-betul diperketatkan sepanjang proses vaksinasi dijalankan.

Artikel Berkaitan:

"Pihak kerajaan juga diminta mewujudkan program vaksinasi secara pandu lalu untuk warganegara dan bukan warganegara yang bermastautin di Kelantan.

"Semoga Kelantan dapat segera meningkatkan kadar vaksinasi rakyat di negeri ini kepada 80 peratus yang kita sasarkan atau sekurang-kurangnya menyaingi kadar negeri lain," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!