HTAR terima kontena khas simpan mayat pesakit Covid-19

Sejumlah 48 mayat pesakit Covid-19 dapat diletakkan dalam kontena khas ini dalam satu masa
Sejumlah 48 mayat pesakit Covid-19 dapat diletakkan dalam kontena khas ini dalam satu masa
A
A
A

KLANG - Sebuah kontena khas yang boleh menempatkan 48 mayat pesakit Covid-19 dalam satu masa disumbangkan kepada Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, pada Khamis.

Sumbangan itu diberikan oleh Pusat Khidmat Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang dengan kerjasama Pertubuhan Ukhuwah Kebajikan Van Jelata Selangor (UKVJ), RDB Haulage dan A One Haulage.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Kelang, Azmizan Zaman Huri berkata, inisiatif berkenaan diambil selepas pihaknya melihat ruang pusat simpanan mayat pesakit Covid-19 di hospital berkenaan semakin berkurangan.

"Kontena ini dilengkapi peralatan-peralatan asas bagi menyimpan jenazah atau mayat pesakit Covid-19 dan mampu menempatkan 48 mayat pada satu masa.

"Pemberian sumbangan kontena ini juga merupakan pemberian secara terus dan kekal sebagai hak milik HTAR Klang," katanya selepas menyerahkan sumbangan itu kepada pihak HTAR pada Khamis.

Dalam pada itu, beliau berharap dengan adanya kemudahan kontena khas mayat pesakit Covid-19 dapat diletakkan dalam keadaan selesa dan mudah untuk diuruskan oleh pihak petugas hospital.

Pada masa sama, beliau mengajak semua pihak berdoa kepada ALLAH supaya wabak Covid-19 di negara ini dapat segera di atasi agar kehidupan rakyat kembali seperti biasa.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!