Selesaikan audit PSM sebelum EGM

Khairudin
Khairudin
A
A
A

PERSATUAN Sepak Takraw Malaysia (PSM) perlu menyelesaikan dahulu audit sebelum mesyuarat agung luar biasa (EGM) badan induk itu boleh diadakan.

Perkara itu ditegaskan Presiden Persatuan Sepak Takraw Wilayah Persekutuan Putrajaya (Pestap), Datuk Seri Khairudin Samad berhubung usaha Pesuruhjaya Sukan (PJS) yang mahu memastikan PSM kembali aktif.

“Kami hargai segala usaha PJS tetapi sebelum kami buat EGM, bagi saya segala urusan audit ini perlu diselesaikan dahulu dan ia perlu disempurnakan secepat mungkin.

“Setelah urusan audit ini selesai, barulah ia dapat meyakinkan semula mana-mana ahli kita termasuk PESTAP sendiri untuk kembali menyertai PSM,” katanya pada sidang media secara maya pada Khamis.

Pada masa sama, Khairudin yang mewakili mewakili Gabungan 11 (G11) turut berharap PSM dapat kembali aktif seperti biasa dengan kadar segera.

“Kalau boleh, esok kita nak (PSM) aktif semula, sebab apa pemain bukan boleh honeymoon lama sangat. Jadi kami cuma nak tengok proses audit dapat diselesaikan segera.

“Setelah itu, kami akan dapatkan tarikh mengadakan EGM dan kami akan hadir untuk menyokong. Matlamat kami hanyalah untuk naikkan semula martabat sepak takraw Malaysia,” ujarnya.

G11 terdiri daripada persatuan negeri yang membuat keputusan keluar daripada PSM selepas badan induk itu dilanda kemelut dengan Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!