Bencana kepala air: Kerajaan Kelantan sumbang RM50,000

Ahmad Yakob
Ahmad Yakob
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan menyampaikan bantuan solidariti sebanyak RM50,000 kepada Kerajaan Negeri Kedah bagi membantu mangsa bencana kepala air di daerah Yan dan Kuala Muda.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob dalam satu kenyataan berkata, sumbangan melalui Tabung Serambi Mekah itu adalah sebagai bantuan bencana disaat penularan wabak Covid-19 yang masih tinggi.

"Kerajaan Kelantan merakamkan ucapan takziah kepada mangsa banjir kilat dan fenomena kepala air di daerah Yan dan Kuala Muda, Kedah Darul Aman yang terjadi petang semalam (Rabu).

"Semoga usaha-usaha pasukan penyelamat dipermudah dan semua mangsa berada dalam keadaan selamat. Sama-sama kita doakan agar mangsa yang hilang ditemui dan usaha pemulihan di kawasan terjejas dapat dilaksanakan sebaiknya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!