14 individu tidak lengkap vaksin dikompaun rentas daerah

Seramai 14 individu yang didapati masih belum lengkap vaksinasi Covid-19 dikompaun RM1,500 setiap seorang kerana merentas daerah. Gambar hiasan.
Seramai 14 individu yang didapati masih belum lengkap vaksinasi Covid-19 dikompaun RM1,500 setiap seorang kerana merentas daerah. Gambar hiasan.
A
A
A
IPOH - Seramai 14 individu yang didapati masih belum lengkap vaksinasi Covid-19 dikompaun RM1,500 setiap seorang kerana merentas daerah.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, tindakan itu diambil selepas mereka juga gagal menunjukkan surat kebenaran daripada pihak polis pada pemeriksaan di sekatan jalan raya (SJR) di seluruh negeri.

Menurutnya, kesalahan itu direkodkan sejak 10 Ogos lalu susulan kemudahan diberikan kepada penerima lengkap vaksinasi di negeri-negeri Fasa Dua Pelan Pemulihan Negera (PPN).

"14 kompaun kerana tiada surat kebenaran dan tidak lengkap dua dos vaksin untuk merentas daerah.

"Jumlah itu termasuk satu kompaun dikeluarkan kepada seorang individu kerana tiada surat kebenaran dan tidak dapat membuktikan sama ada telah lengkap menerima vaksin atau tidak kerana tidak membawa telefon bimbit semasa ditahan di SJR," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita pada Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan bersama warga PDRM yang disempurnakan Exco Belia dan Sukan, Komunikasi dan Multimedia Perak, Khairul Shahril Mohamed di Mes Pegawai Kanan PDRM di sini pada Jumaat.

Mior Faridalathrash berkata, hanya satu kompaun dikeluarkan kepada seorang pelanggan ketika makan di sebuah restoran di Ipoh.

"Kompaun itu dikeluarkan kerana individu tersebut dine-in walaupun tidak lengkap dua dos. Sepatutnya peniaga perlu semak dan halang tetapi mereka mungkin terlepas pandang.

"Apabila pasukan pemantau tiba untuk buat pemeriksaan kita mendapati individu tersebut tidak lengkap dua dos," katanya.
Artikel Berkaitan:


Katanya, sejumlah 80,473 permohonan permit diterima dengan 78,703 diluluskan dan pada masa sama sebanyak 1,995 kompaun sejak 5 Julai sehingga Khamis.

End

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!