Orang ramai dilarang berhimpun di sekitar ibu negara pada 21 Ogos

Azmi
Azmi
A
A
A

KUALA LUMPUR - Orang ramai dilarang untuk menyertai perhimpunan #Lawan yang dijadualkan berlangsung di sekitar ibu kota di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan pihak yang cuba untuk mengadakan perhimpunan walaupun jelas melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa pertama.

“Perintah Mahkamah Majistret Kuala Lumpur yang dikeluarkan pada 20 Ogos (Jumaat) berkenaan larangan sebarang perarakan dari Kompleks Sogo dan Masjid Jamek.

“Larangan termasuk kawasan sekitar yang berada dalam radius satu kilometer dan perhimpunan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 21 Ogos (esok),” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurut beliau, jika perhimpunan tersebut diteruskan, negara bakal menghadapi penularan wabak Covid-19 yang lebih teruk berbanding keadaan semasa.

“Pada 20 Ogos bilangan kes baharu di Kuala Lumpur adalah sebanyak 1,676 jangkitan dengan nilai kebolehjangkitan (R-naught) pada kadar 0.95.

“Faktor keselamatan kesihatan pada ketika ini adalah tidak menentu dan memungkinkan jangkitan berganda pada tahap yang luar biasa berlaku sekiranya masyarakat tidak mematuhi SOP PPN,” katanya.

Sinar Harian pada Jumaat melaporkan penutupan perkhidmatan kereta api transit aliran ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) di beberapa laluan dan Monorel Kuala Lumpur akan ditutup sementara bermula jam 9 pagi hingga 3 petang pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) berhasrat untuk melaksanakan perhimpunan esok, namun dibatalkan susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyidddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!