Paramedik palsu rawat 100 pesakit
Individu tersebut didakwa telah melakukan 'tindakan yang tidak dibenarkan' untuk tempoh dua minggu pada Julai lalu termasuk memberi respons terhadap panggilan kecemasan 999 dan 'melepaskan' pesakit di lokasi kejadian serta tidak membawa mereka ke hospital.
Menurut laporan Evening Standard, lelaki terbabit adalah staf pelatih di Perkhidmatan Ambulans London, namun dia gagal dalam ujian paramedik dan telah disingkirkan.
"Dia disyaki melakukan penipuan dan beberapa kesalahan lain termasuk serangan dan kecurian yang dikaitkan dengan hubungan fizikal bersama pesakit serta memasuki rumah mereka tanpa kebenaran sah," lapornya.
Polis Metropolitan London memaklumkan siasatan telah dilancarkan selepas mereka menerima laporan pada Julai lalu yang membawa kepada penahanan lelaki terbabit di Hornchurch, Essex dua bulan kemudian.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan," kata jurucakap pihak berkuasa. - The Sun
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!