Ismail Sabri angkat sumpah jawatan Perdana Menteri kesembilan

Ismail Sabri Yaakob menandatangani Surat Cara Pelantikan sebagai Perdana Menteri kesembilan pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri di Istana Negara hari ini. - Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri Malaysia kesembilan di Istana Negara pada jam 2.28 petang hari ini.

Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan itu berlangsung di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan kehadiran 30 tetamu jemputan.

Turut sama, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat serta beberapa pemimpin utama parti politik yang menyokong Ismail Sabri.

Pada Jumaat, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Naib Presiden UMNO itu mendapat sokongan 114 ahli Dewan Rakyat berdasarkan surat akaun yang diterima Seri Paduka Baginda dan cukup untuk membentuk kerajaan baharu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!