Video ban pecah tular, penduduk sempat selamatkan barang

Penduduk berjalan mengharungi banjir untuk keluar ke kawasan pekan berhampiran.
Penduduk berjalan mengharungi banjir untuk keluar ke kawasan pekan berhampiran.
A
A
A

BAGAN SERAI - Penduduk di sekitar Alor Pongsu sudah bersedia menghadapi banjir sebaik menerima video tular ban Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Samagagah pecah pada Jumaat.

Penduduk Kampung Tebuk Jawa, Mohammad Noor Fadzilah Ahmad, 27 berkata, mereka mengambil pendekatan berjaga-jaga dengan menyelamatkan barangan berharga dan dokumen penting ke tempat lebih tinggi.

"Kami dapat video itu waktu pagi dan melihatkan arus air yang deras menyebabkan kami mula mengemas barang-barang terutama barangan penting agar tidak rosak.

"Air mula naik jam 9 malam hingga paras lutut.

Saya tempatkan ibu di rumah kakak di Bagan Serai kerana bimbang dan bukannya pusat pemindahan sementara (PPS) kerana takut Covid-19," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini pada Sabtu.

Penduduk menggunakan sampan untuk bergerak setelah kampung mereka banjir akibat ban pecah pada Jumaat.
Penduduk menggunakan sampan untuk bergerak setelah kampung mereka banjir akibat ban pecah pada Jumaat.

Menurutnya, kejadian itu adalah kedua terburuk yang dialaminya sejak tahun 2003 lalu.

Bagi Md Yassin Saari, 57 pula, dia mengarahkan anak perempuannya untuk berpantang di rumah sewa berhampiran selepas seminggu melahirkan cahaya mata.

Artikel Berkaitan:

Katanya, rumahnya di Parit Simpang 5 di sini yang paling hampir dengan lokasi ban pecah mula dinaiki air sekitar jam 10 malam.

"Saya mengarahkan mereka berpindah ke rumah sewa mereka di Sungai Rawa kerana saya bimbang keselamatan mereka sekiranya ditempatkan di PPS.

"Ahli keluarga lain termasuk isteri, Maimunah Abdul Samad, 58, memilih untuk tinggal di rumah ini kerana perlu selamatkan barang-barang ke rumah atas," katanya.

Mohammad Noor Fadzilah mengemas barang-barang rumah setelah dinaiki air sejak Jumaat.
Mohammad Noor Fadzilah mengemas barang-barang rumah setelah dinaiki air sejak Jumaat.

Md Yassin berkata, keadaan air yang naik dengan mendadak menyebabkan beberapa barangan elektrik musnah akibat ditenggelami air.

Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak memaklumkan 66 mangsa telah ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Pongsu dan SK Changkat Lobak di sini.

"Seramai 55 orang daripada 15 keluarga terjejas dari Kampung Matang Tengah dan Kampung Parit 5 telah ditempatkan di PPS SK Changkat Lobak setakat jam 4 petang.

"Lima lagi keluarga melibatkan 11 mangsa dari Kampung Matang Pasir dan Kampung Parit Simpang 5 ditempatkan di PPS SK Alor Pongsu," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!