400 anggota digerakkan cari 2 lagi mangsa hilang

Kira-kira 400 anggota daripada pelbagai agensi digerakkan pada hari keempat operasi mencari dua lagi mangsa yang dipercayai hilang dalam tragedi kepala air di Gunung Jerai, dekat sini pada Rabu lalu. (Gambar kecil: Shahnaz Akhtar)
Kira-kira 400 anggota daripada pelbagai agensi digerakkan pada hari keempat operasi mencari dua lagi mangsa yang dipercayai hilang dalam tragedi kepala air di Gunung Jerai, dekat sini pada Rabu lalu. (Gambar kecil: Shahnaz Akhtar)
A
A
A

YAN - Kira-kira 400 anggota daripada pelbagai agensi digerakkan pada hari keempat operasi mencari dua lagi mangsa yang dipercayai hilang dalam tragedi kepala air di Gunung Jerai, dekat sini pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, selain operasi di darat, pihaknya juga mendapatkan bantuan daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) untuk kawasan pencarian di perairan.

Menurut beliau, pihaknya percaya telah menemukan petunjuk mengenai mangsa-mangsa yang hilang tersebut.

"Dengan keanggotaan yang bertambah dan ramai ini kita mengharapkan kita dapat menemukan dua mangsa yang hilang dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) ini.

"Kita sudah membawa masuk jentera-jentera berat ke kawasan yang kita syaki mangsa telah dihanyutkan. Operasi pada hari ini tidak menemukan mangsa lagi dan operasi ditamatkan pada jam 6 petang," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Yan, dekat sini pada Sabtu.

Shahnaz berkata, berdasarkan petunjuk-petunjuk yang ada, SAR akan giat dilakukan pada Ahad sebaik operasi bermula pada jam 8 pagi.

Setakat ini, pihaknya masih mengekalkan radius pencarian seperti pada hari ketiga dan keempat dengan membuat galian di kawasan berlumpur dan mencari di bawah timbunan kayu-kayu.

"Di kawasan perairan kita meminta bantuan Maritim Malaysia berdasarkan penemuan mangsa keempat di Kuala Sungai Udang dan ada kemungkinan mangsa juga boleh hanyut ke laut," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!