Bapa hidap kanser lidah tahap empat, anak pula sakit

Pegawai MAINS melawat keluarga Suhaimi di Taman Pinggiran Senawang, Seremban. - Foto ihsan MAINS
Pegawai MAINS melawat keluarga Suhaimi di Taman Pinggiran Senawang, Seremban. - Foto ihsan MAINS
A
A
A

SEREMBAN - Kehidupan sebuah keluarga di Taman Pinggiran Senawang sini ibarat sudah jatuh ditimpa tangga apabila ketua keluarga yang mencari rezeki disahkan menghidap kanser lidah tahap empat.

Kehidupan Sharol Nizam Abdul Razali, 39, semakin terkesan apabila dia tidak mampu lagi bekerja sejak awal tahun lalu kerana kurang daya tahan serta tidak dapat menguruskan kehidupan seharian.

Lebih malang, anaknya yang berusia tiga tahun menghidap penyakit angin pasang dan seorang lagi berusia lapan tahun disahkan orang kurang upaya (OKU) pendengaran kerana lahir tanpa sebelah lubang telinga.

Nasib yang menimpa Sharol Nizam mendapat perhatian Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), yang turun padang menyantuni keluarga berkenaan pada Sabtu.

Menurut Pegawai Agihan MAINS Senawang, Mohd Suhaimi Mohd Aziz, Shahrol NIzam hanya bergantung kepada gaji isteri, Norhayati Kadir, 38, sebagai kerani sebuah syarikat pembinaan swasta.

MAINS menyampaikan sumbangan makanan kepada keluarga Suhaimi. - Foto ihsan MAINS
MAINS menyampaikan sumbangan makanan kepada keluarga Suhaimi. - Foto ihsan MAINS

"Kami dimaklumkan, pasangan ini telah menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak Jun lalu.

"Berdasarkan rekod MAINS pula, mereka ini menerima bantuan kewangan khas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 baru-baru ini dan keluarga ini memang dalam radar pengetahuan kita," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut katanya, sebagai bantuan susulan, keluarga itu akan dibantu dengan kewangan bulanan bermula September serta bantuan susu nutrisi dan perubatan.

Katanya, bantuan susulan itu diharap dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh isteri yang terpaksa bekerja membantu suami untuk mencari sumber pendapatan keluarga.

Hadir sama pada sesi ziarah tersebut, Pegawai Dakwah MAINS Cawangan Senawang, Zainal Samdin.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!