LPP serah 170 bakul makanan di PPV IPP Tanjong Karang

Azulita (empat dari kanan) bergambar bersama tetamu dan penerima sumbangan bakul makanan.
Azulita (empat dari kanan) bergambar bersama tetamu dan penerima sumbangan bakul makanan.
A
A
A

TANJONG KARANG - Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) menyerahkan sebanyak 170 bakul makanan kepada anggota pasukan keselamatan dan petugas kesihatan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Institut Pengurusan Peladang (IPP) Tanjong Karang di sini pada Jumaat.

Ketua Pengarahnya, Datuk Azulita Salim berkata, program penyerahan secara ringkas itu mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Sumbangan membabitkan makanan keperluan asas termasuk ayam Peladangku, beras, telur, tepung dan bihun," katanya dalam satu kenyataan medianya pada Ahad.

Azulita (dua dari kanan) menyerahkan sumbangan bakul makanan kepada petugas keselamatan.
Azulita (dua dari kanan) menyerahkan sumbangan bakul makanan kepada petugas keselamatan.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Operasi, Lembaga Pertubuhan Peladang, Nik Mohd Shaharil Nik Md Hashim, Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan LPP, Dr Mohamad Azizi Mohd Atar, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Khidmat Pengurusan) Kuala Selangor, Mohd Zary Affendi Mohd Arif, Pengurus Besar IPP Tanjong Karang, Azli Hudin Zakaria dan Pengarah Operasi Parlimen Tanjong Karang, Salbiah Saari

Menurut Azulita, program itu juga bertujuan meninjau pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bagi memastikan 80 peratus rakyat Malaysia menerima vaksin dan sekali gus membentuk imuniti kelompok bagi mengekang penularan wabak.

Katanya, beliau dimaklumkan PPV itu menamatkan Operasinya pada Ahad.

Azulita bertanya sesuatu semasa lawatannya ke PPV IPP Tanjong Karang
Azulita bertanya sesuatu semasa lawatannya ke PPV IPP Tanjong Karang

Artikel Berkaitan:

Jelas beliau, pembukaan PPV IPP ini dirasmikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dengan kerjasama Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Bin Omar pada 28 Jun lalu.

"Pembukaan PPV ini membolehkan lebih ramai penduduk terutama di luar bandar mendapatkan vaksinasi dan mempercepatkan lagi proses itu untuk penduduk di Tanjong Karang khasnya," katanya.

Tambah beliau, pada peringkat awal dimaklumkan bahawa kapasiti PPV dirancang melaksanakan pemvaksinan sebanyak 600 dos sehari sahaja.

Azulita (tiga dari kanan) menyerahkan sumbangan bakul makanan di PPV IPP Tanjong Karang.
Azulita (tiga dari kanan) menyerahkan sumbangan bakul makanan di PPV IPP Tanjong Karang.

Bagaimanapun katanya, kapasiti PPV ditingkatkan kepada 1,600 dos sehari bermula 12 Julai lalu berikutan permintaan penduduk tempatan.

"Seramai 61,771 individu telah lengkap dos kedua vaksin sehingga mencapai 90 peratus imuniti kelompok bagi penduduk di Tanjong Karang pada 17 Julai lalu," katanya.

Mengulas mengenai program penyerahan itu, Azulita memberitahu, beliau telah diberi taklimat ringkas berkaitan pengoperasian imunisasi di PPV berkenaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!