Polis tumpas kes pecah cermin kereta di Subang Jaya

Risikin (dua,kiri) menunjukkan barangan yang dirampas.
Risikin (dua,kiri) menunjukkan barangan yang dirampas.
A
A
A

SUBANG JAYA - Polis berjaya menyelesaikan 13 kes pecah cermin kereta di kawasan parkir masjid serta beberapa kawasan sekitar USJ, di sini dengan penahanan tiga remaja lelaki pada 24 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Risikin Satiman berkata, serbuan dibuat berdasarkan aduan diterima serta hasil risikan pihaknya sendiri.

Menurutnya, ketika ditahan di USJ 6 pada Ahad lalu, ketiga-tiga suspek berkenaan sedang berjalan kaki dan dipercayai merancang untuk melakukan kegiatan haram mereka.

Katanya, tindak tanduk suspek langsung tidak mencurigakan, namun polis menahan mereka berdasarkan pemerhatian awal yang dibuat.

"Soal siasat ke atas suspek mendapati mereka menggunakan 'spark plug' untuk memecahkan cermin kereta sebelum mencuri barangan berharga di dalamnya.

"Kita turut merampas sejumlah wang tunai, lima keping kad bank, sebuah iPad dan kad akses tempat letak kereta yang dipercayai dicuri dari aktiviti jenayah tersebut, "katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, di sini, hari ini.

Menurutnya, siasatan menunjukkan dua suspek yang berusia 13 hingga 15 tahun itu didapati tidak bersekolah.

Katanya, ketiga-tiga suspek itu adalah sahabat dan tinggal di kawasan Subang Jaya.

Artikel Berkaitan:

"Dengan penahanan mereka, kita berjaya selesaikan 13 kes pecah cermin kereta di sekitar kawasan tumpuan jenayah di sini iaitu di parkir Masjid An-Nur di USJ4, USJ1, USJ2, USJ6 dan USJ 19.

"Ketiga-tiga suspek juga sudah dituduh mengikut Seksyen 379 Kanun keseksaan dan Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana memiliki barang curi, "katanya.

Dalam pada itu, Risikin mengingatkan orang ramai agar tidak meninggalkan barangan berharga dalam kereta walaupun hanya untuk ke masjid.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!