Cermin gelap kesalahan paling tinggi

ZULKARNAIN
ZULKARNAIN
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu mengeluarkan 834 saman melibatkan kesalahan pemasangan cermin gelap dalam operasi di seluruh negeri sepanjang Julai lalu.

Pengarah JPJ Terengganu, Zulkarnain Yasin berkata, penggunaan cermin gelap antara enam kesalahan teknikal paling 'popular' di negeri ini.

Menurutnya, lima yang lain ialah tiada lesen kompeten CDL (320 kes), membawa muatan berbahaya (207 kes), nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi ditetapkan (187 kes), kesalahan mengubah suai kenderaan (164 kes) dan tiada lesen GDL (15 kes).

"Bagi tempoh itu juga, sebanyak 27,561 kenderaan diperiksa melibatkan 3,633 buah motosikal, 16, 470 kereta, 2,078 lain-lain kenderaan persendirian, 611 membabitkan bas serta masing-masing 10, 565 kenderaan barangan dan 204 untuk kenderaan lain-kain," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Sementara itu, Zulkarnain memberitahu, JPJ Terengganu merekodkan 115 urusniaga melibatkan bayaran kompaun hanya dalam tempoh empat hari bermula pada 18 Ogos hingga hingga Sabtu selepas tawaran diskaun 70 peratus dibuat sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-64.

"Jumlah urusniaga ini menunjukkan peningkatan berganda jika dibandingkan tempoh 17 hari bermula 1 Ogos lalu sebelum penawaran kompaun yang hanya merekodkan 308 urusniaga," katanya.

Sebelum ini, JPJ menawarkan potongan 70 peratus kepada semua saman yang boleh dikompaun termasuk disenarai hitam sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-64.

Tawaran pengurangan saman itu dibuat bagi meringankan beban rakyat berikutan kemelut ekonomi akibat pandemik Covid-19.

Artikel Berkaitan:

JPJ dalam satu kenyataan menyebut, tawaran potongan itu akan berlangsung hingga 16 September depan.

Potongan pembayaran saman itu bagaimanapun tidak membabitkan kes yang masih dalam sebutan mahkamah, termasuk yang berstatus waran tangkap atau perbicaraan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!